PERANCANGAN
STRATEGIK PUSAT SUMBER
TAHUN 2012
1.0
LATAR BELAKANG
Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan
penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi
dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan
memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.
Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P
yang berkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’ , ‘centre of learning’ dan
‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P,
ia memainkan peranan utama sebagai
agen perubahan ke arah rakyat
yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi
sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker)
sebagai pemimpin generasi masa hadapan.
Tahap penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru dan para pelajar masih belum mencapai tahap optimum.
Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar
PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah
tercapai.
2.0
VISI
Pusat Sumber Sekolah Berkualiti Menjana Minda Berinformasi
3.0
MISI
Merealisasikan Pusat Sumber Sekolah Sebagai Pusat Pengumpul, Menyimpan dan Menyalurkan Sumber Maklumat Kepada Warga Sekolah.
4.0 MATLAMAT
- Menjadikan PSS sebagai nadi kepada kecemerlangan sekolah.
- Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat serta menyediakan perisian pendidikan kepada pelajar dan guru-guru.
- Membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan gemar membaca.
- Menjadi Pusat Sumber Cemerlang
- Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5.0 OBJEKTIF
- Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan guru dan pelajar
- Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber sumber pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan profesionalisme guru.
- Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
- Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran serta membekalkan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.
- Meningkatkan nisbah pembacaan pelajar dan guru dari 1.5 kepada 1. 7.
- Meningkatkan jumlah penggunaan media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
- Melahirkan warga La Salle yang suka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan terutama untuk menggalakkan aktiviti pembacaan.
No comments:
Post a Comment