PUSAT SUMBER SEKOLAH



PERANCANGAN STRATEGIK PUSAT SUMBER
TAHUN 2012

1.0       LATAR BELAKANG

Pusat  Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yang berkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’ , ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia memainkan peranan utama sebagai  agen  perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa hadapan.

Tahap penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru dan para pelajar  masih belum mencapai tahap optimum. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.


2.0       VISI
            Pusat Sumber Sekolah Berkualiti Menjana Minda Berinformasi

3.0        MISI 

    Merealisasikan Pusat Sumber Sekolah Sebagai Pusat Pengumpul, Menyimpan dan Menyalurkan Sumber Maklumat Kepada Warga Sekolah.   

     

4.0     MATLAMAT


  • Menjadikan PSS sebagai nadi kepada kecemerlangan sekolah.    
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat serta menyediakan perisian pendidikan kepada pelajar dan guru-guru.
  • Membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan gemar membaca.
  • Menjadi Pusat Sumber Cemerlang
  • Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

5.0          OBJEKTIF

  • Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan guru dan pelajar
  • Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber sumber pengajaran dan   pembelajaran.
  • Meningkatkan profesionalisme guru.
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran serta membekalkan  perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.
  • Meningkatkan nisbah pembacaan pelajar dan guru dari 1.5  kepada 1. 7.
  • Meningkatkan jumlah penggunaan media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Melahirkan warga La Salle yang suka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan terutama untuk menggalakkan aktiviti pembacaan.

No comments:

Post a Comment